Wednesday, January 28, 2009

Permata Yang tiada gantinya....


Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah (Bahasa Arab: محمد بن عبده بن حسن خير الله).
Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki.
Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a..
Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh (Bahasa Arab: عبده ورسوله).
Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.



Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi. Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa (Bahasa Arab: العروة الوثقى) bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.

Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah:

* guru di Masjid al-Husaini di Mesir;

* pensyarah di Darul 'Ulum, Mesir;

* guru di Sekolah as-Sultaniah, Beirut;

* Ketua Editor Akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyah (Bahasa Arab: الوقائع المصرية) di Mesir;

* Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di Mesir;

* anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar di Mesir;

* mufti kerajaan Mesir (1899 - 1905).



Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.


Pendidikan

Syeikh Muhammad Abduh telah belajar menulis dan membaca daripada bapanya semasa kecil. Seepas itu, beliau telah mempelajari dan menghafaz al-Quran semasa berusia 10 tahun. Setelah selesai menghafaz al-Quran, beliau menyempurnakan tajwidnya dan mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi. Beliau juga mempelajari tasawuf dan tatabahasa Arab daripada Syeikh Darwish Khudr dan Syeikh Darwish.


Semasa menuntut di Universiti al-Azhar, beliau telah mempelajari banyak ilmu, termasuklah matematik dan falsafah daripada Syeikh Hasan at-Tawil.

Pada tahun 1877, beliau memperolehi ijazah daripada Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1896, Syeikh Muhammad Abduh berkesempatan bertemu dengan Sayid Jamaluddin al-Afghani yang mengunjungi Mesir dan sempat mendalami bidang akademik dan pemikiran Islam.

Keperibadian

Syeikh Muhammad Abduh memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar. Beliau juga berani kebencian bangsa Mesir terhadap tentera Inggeris kepada tokoh-tokoh Inggeris semasa mengunjungi London pada tahun 1881. Beliau juga mendesak agar segera keluar dari bumi Mesir kerana Islam ditegah memberi ketaatan kepada yang lain daripada Islam.


Walaupun Syeikh Muhammad Abduh seorang yang tegas, namun di sebalik ketegasannya itu, ada sifat penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan al-Jami'iah al-Khairiah al-Islamiah (Bahasa Arab: الجمعية الخيرية الإسلامية) untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi masalah kewangan.

Selain itu, beliau merupakan seorang ulama yang berketerampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk menjawat beberapa jawatn penting negara seperti Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, Ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Di samping itu, Syeikh Muhammad Abduh meruapakan seorang yang berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas, sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat Islam ketika itu.

Aliran pemikiran serta perjuangan


Syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani. Kesannya, beliau lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya.

Beliau banyak memberi saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam. Saranan-saranan beliau meliputi aspek-aspek berikut:

* Akidah: Syeikh Muhammad Abduh menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar dalam bentuk yang asal dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak semasa. Syaratnya, ia tidak boleh bercanggah dengan kehendak al-Quran dan Sunnah. Beliau menolak sekeras-kerasnya konsep Taqlid al-A'ma (Bahasa Arab: تقليد الأعمى) atau taklid buta. Beliau mengajak umat Islam mempelajari ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah untuk membina umat yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan seterusnya mampu keluar daripada belenggu penjajahan.

* Integrasi ilmu: Syeikh Muhammad Abduh mendapati sisitem pendidikan pada masa itu hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama dalam bentuk huraian kitab-kitab klasik tanpa cuba disesuaikan dengan kehendak semasa. Berdasarkan pengalamannya belajar di Tanta dan Universiti al-Azhar, beliau mendapati keadaan pembelajaran di Tanta terlalu mundur, sehingga disifatkan anak muda yang suka belajar di situ sentiasa dibendung rasa putus asa. Keadaan di Universiti al-Azhar juga sama. Beliau mengkritik dengan katanya:


"Aku sangka pengajian seperti ini hanya berlaku di Tanta sahaja, tetapi juga berlaku di al-Azhar. Aku dapati 95 peratus daripada pelajarnya tidak dapat bertahan lebih lama dengan corak pengajaran seperti ini. Para guru mengajar apa yang dia faham ilmu itu tanpa mengira kemampuan pemahaman seseorang pelajar. Mereka menyangka pelajar telah faham, sedangkan sebenarnya mereka tidak faham.

"
Beliau menyarankan supaya bidang-bidang ilmu Fardu Kifayah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti. Saranan itu diterima oleh Kerajaan Mesir. Sukatan pengajian di Universiti al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan sebagai model kepada pusat-pusat pengajian tinggi lain di seluruh dunia Islam.

* Kecekapan pentadbiran: Ketika Syeikh Muhammad Abduh bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan Mesir, beliau mendapati kepincangan dalam sistem pentadbiran kehakiman. Beliau berpendapat ia tidak sistematik dan perlu dengan pengislahan. Pengislahan yang dilakukan dimuatkan di dalam karyanya yang berjudul at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah (Bahasa Arab: التحرير في إصلاح المحاكم الشرعية).



Faktor melakukan pengislahan dalam sistem pendidikan

* Beliau mendapat inspirasi Gerakan Islah Sayid Jamaluddin al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu.

* Kesedaran Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.


* Sistem pendidikan masa itu menjurus ke arah taqlid buta dan pasfi (jumud).


* Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan Mesir kepada golongan miskin.


* Kadar gaji guru yang rendah.


Kaedah Islah


Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea Islahnya ialah:

* melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti al-Azhar;

* melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyyah dan al-Ahram (Bahasa Arab: الأحرام)

* melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid (Bahasa Arab: الرسالة التوحيد), Tafsir Juz' 'Amma (Bahasa Arab: تفسير جزء عم), at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih (Bahasa Arab: الإسلام والرد على منتقديه), dan al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah (Bahasa Arab: الإسلام والنصرانية مع العلم والمدنية).


* melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Sumbangan dalam bidang pendidikan


Idea-idea yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif. Syeikh Muhammad Abduh berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat Islam kepada Islah, khususnya dalam bidang pendidikan. Idea Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan, khususnya di Universiti al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam. Antara idea tersebut ialah:

* mewujudkan mata pelajaran matematik, geometri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat;
* mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil;
* mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar;

* menyediakan peruntukan gaji guru dari perbendaharaan negara dan waqaf negara;

* memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:

* Riasalah at-Tauhid
* Tafsir Juz' 'Amma

* Tafsir Surah al-'Asr

* Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani

* Syarh Nahji al-Balaghah

* Syarh Maqamat al-Badi'

* at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah

* al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih

* al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

Kad dari Ibu

Buat Puteri Kebanggaanku...


Puteriku....


Rasanya baru semalam kau merangkak manja,

Dan bak sekelip mata.kini kau gadis remaja

Rasanya baru semalam kau dalam dukunganku,

Rasanya baru sedetik lalu kau minta ku sisir rambutmu,


KINI

Puteriku menjadi gadis ayu,

Penyeri ayah ibu,

Puteriku....

Hanya doa dan restu dariku buatmu disana,


Ketahuilah....

Kau puteri kebanggaannku...

Kau bunga penyeriku suatu ketika dulu,

hari ini dan selama-lamanya....


Yang selalu merinduimu...
Ibumu...


Tuesday, January 6, 2009

Hari Asyura..

10 Muharram di gelar sbg Hari Asyura di kalangan umat Islam..

pd thun ini 10 Muharram jatuh pd 7 Jan 09

ia adlh satu hari amat istimewa

kerana


1. Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan Nun

2. Allah terima taubat Nabi Adam a.s yang memakan buah khuldi

3. Nabi Idris diangkat ke syurga dengan rahmat Allah

4. Nabi Nuh selamat dari banjir besar

5. Nabi Ibrahim diselamat oleh Allah dari dibakar

6. Nabi Yaakob dapat melihat

7. Nabi Ayub sembuh dari penyakit kulit

8. Laut Merah terbelah dua,Nabi Musa terselamat,Firaun dan pengikutnya tenggelam dalam laut

9. Nabi Yusuf bebas dari penjara


pada Hari Asyura kite di sunatkn


1. Puasa

2. Sedekah kepada fakir miskin

3. Menyapu kepala anak yatim

4. Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga…


juga disunatkn puasa pada 9 Muharram iaitu pd 6 Jan 09

sebagaimana hadis Nabi :

Sabda Nabi SAW, Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan sepuluh Muharam.(Riwayat Ibnu Majah)

p/s
Dalam melalui salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT ini maka, seharusnya kepada umat Islam agar mengambil peluang yang datang ini dengan sebaik mungkin. Belum pasti sama ada kita mampu hidup untuk sampai kepada Muharram yang seterusnya pada tahun hadapan. Jadi, berbekalkan peluang inilah semestinya bulan Muharram kali ini dimanfaatkan dengan meningkatkan ubudiyah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan. Disamping mendapat kelebihan yang tersirat disebalik bulan ini dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNYA.

Sunday, January 4, 2009

Ketensionan Melanda!!!


Terasa bagaikan satu mimpi..hari yang aku nanti-nantikan selama ini telah tiba...Esok bermulalah imtihan bagi aku,tahaluf nahu...

Kepala terasa penuh..
Otak bagaikan da nak terkeluar memuntahkan isinya....
mulut seakan terkunci....
hati xhenti-henti berdebar...
DAH KENAPA DENGAN AKU NIE????

Perkara biasa yang berlaku pada aku bila nak xzam..
Buku da abis bce ke??
Nota da abis buat ke??
Dah hafal semuanya ke??
Arrgghh...ketensionan melanda aku saat ini....

Ya Allah...
Bantulah aku...
Tenangkanlah hatiku dalam menempuhi xzam esok hari..
Berikanlah kejayaan pada diriku..Amin....

(Sesungguhnya..apabila kamu telah berusaha..maka,bertawakallah kepada ALLAH..)


Keluargaku...
Doakan along ea..esok along xzam...
along minta maaf.....
halalkan duit,ilmu serta segala yang telah diberikan...dunia akhirat...

Kawan2..
doakan atie esok yea...
minta maaf salah silap...

Bukan mudah menggapai bintang dilangit..bersilih dugaan mendatang..hanya iman dan tawakal menjadi bekal...hanya usaha menjadi ukuran...

Don't surrender before u accomplish it!!

Dari Ibnu Qayyim...

Ketika orang lain bergantung pada dunia,
gantunglah dirimu hanya pada Allah....

Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia,
Jadikanlah dirimu gembira dengan Allah....

Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka,
Jadikanlah dirimu merasa bahagia dengan Allah....

Ketika Orang2 pergi menghadap raja dan pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka,
Jadikanlah dirimu betul2 mencintai Allah.....

p/s... Terasa diri ini lalai dari mengingatimu Ya Tuhan...
Setiap saat yang berlalu,aku lalai dari berdoa kepadaMu...
Setiap detik yang berputar,aku alpa dari sujud padaMu...
Ampun aku Ya Tuhan....
Walaupun aku lalai,tapi kau tak pernah mengabaikan hambamu yang hina ini...



Warkah Buat Sahabatku...




Apabila engkau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin dengan satu kelemahan,kamu akan menjauhinya.....

Andai engkau ingin berteman,janganlah kerana kebaikkanya,kerana mungkin dengan satu keburukan,engkau akan membencinya.....


Andai engkau inginkan sahabat yang satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu,engkau mungkin akan memfitnahnya......

Andai engkau inginkan seseorang teman,janganlah kerana sifat cerianya,kerana andai dia tidak pandai menceriakan,engkau mungkin akan menyalahkannya...

Andai engkau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yang manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna kerana kita juga tidak sempurna......

Allah berfirman...
Berpegang teguhlah kamu pada tali ALLAH,dan janganlah kamu berpecah belah...

Thursday, January 1, 2009

RintTihan PalesTin.....





Sayu hati ini bila melihat saudara2 ku disana bermandikan darah....
Mengalir airmata ini tatkala melihat mayat2 saudaraku bergelimpangan....
Kaku kaki ini bila bayi-bayi serta kaum wanita diseksa dengan kejam...

Itulah ungkapan yang dapat aku ungkapkan tatkala aku membaca berita tentang saudara2 ku di bumi palestin....
Ketika di malaysia sibuk mengadakan countdown at KLCC,saudara2 kita disana sibuk lintang pukang menyelamatkan diri mereka...
Dimanakah mereka bersembunyi saat ini sekiranya semua tempat tinggal mereka dimusnahkan....
Apakah saat ini mereka sedang meratapi kesedihan kehilangan insan tersayang yang tidak berdosa....
Bagaimanakah hidup mereka setelah semua bantuan makanan,pakaian.ubat-ubatan disekat dari dihantar ke sana...
Persoalan itu bermain di benakku...Tidak dapat aku bayangkan keadaan mereka....

Anak kecil meratapi pemergian ibu dan ayah....
Anak kecil yang tidak tahu apa2 itu terpaksa berjuang seorang diri....
walaupun hanya dengan memalingkan batu,walau hanya dengan mengangkat bendera...apalah yang mereka mampu lakukan dengan kudrat sedemikian...



Cukuplah dengan kehilangan orang tersayang sudah cukup utk membuatkan kita bersedih berhari2...
tetapi mereka disana,byangkan berapa harikah mereka perlukan utk mengubati kesedihan mereka...sana sini mereka melihat mayat,sana sini mereka mendengar bunyi letupan,bunyi senjata,dan disana disni juga mereka berjumpa dengan tentera isarel yang merosakkan negara mereka....


Ust atie pernah berkata,keamanan dunia akan berlaku sekiranya amannya palestin...
Kehancuran dunia akan berlaku sekiranya hancurnya palestin....
Apakah yang diperkatakan itu bemaksud hari kiamat akan tiba????

Tak guna duit berjuta-juta yang disumbangkan tetapi masih tidak faham apakah erti perjuangan...
Bukanlah duit yang mereka harapkan...
Cukupkah dengan kita memboikot barangan2 yang dikeluarkan oleh yahudi n israel.??..
Cukupkah dngan sekudus dan seluhur doa serta solat hajat yang kita berikan??....
Apakah yang mereka harapkan????
Mereka mahukan negara yang aman, mereka mahukan ayah,ibu serta anak mereka.....APAKAH KITA BOLEH BERIKAN APA YANG MEREKA MAHUKAN....


Dengan namaMU YA ALLAH...YA RAHMAN..YADZALJALALIWALIKRAM...
Ku pohon padaMU....
Amankanlah saudara2 ku disana....
Sunyikanlah mereka dari mendengar bunyi letupan bom,bunyi senjata perang...
Hapuskanlah tentera2 Israel LAKNATULLAHI ALAIHIM...
Kembalikanlah Palestin yang dahulu kepada mereka.....
Aminn Ya Rabbalalamin.........