Monday, November 17, 2008

Seluhur doa buat 'Sesuci Humaira'

Selamat Hari Lahir..


Tiada kata ataupun hadiah yang bernilai buatmu sahabatku..
hanyalah....
seluhur doa yang abadi yang mengiringi dirimu dimana jua berada.....



Kau adalah teman,rakan,penasihat dan juga 'radio hotfm' yang xpernah jemu untuk mmberi nasihat tapi kadang2 jemu gak dengar...huhuhuh(just joke)




Umai,
Dimana adanya hikmah,maka akan ada ketakutan kepada Allah s.w.t........
Dimana ada ketakutan kepada Allah,maka akan ada rahmat dari Allah s.w.t....................

Orang alim didunia ini ibarat lampu Allah didunia ini....
Barangsiapa dikhendaki Allah dengan kebaikkan,maka ia akan menceduk ilmu dari orang yg alim.......



JADIKANLAH DIRIMU BERANI SEPERTI ASMA'
TABAHKANLAH DIRIMU SEPERTI ZAINAB
SABARKANLAH DIRIMU SEPERTI FATIMAH
DAN BIARKANLAH HUMAIRA' ITU MENJADI KESEMUANYA....




Tuesday, November 4, 2008

Bersedia dengan malam pertama???

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."


"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.


Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?


Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Wednesday, October 22, 2008

Bila nak sarung baju nie????

Salam Mesra buat semua....lama x menulis,maklumla kuliah da start...tapi sebelum tue,atie nak wish congratulation pada mahasiswa n mahasiswi Al-Azhar yang berjaya menamatkan pelajaran mereka kat mesir ni....semoga ilmu yg dipelajari di bumi anbiya' ini dpat dikembangkan pada masyarakat diluar sana...Aminnn

Seronok sangat dapat menyarung jubah konvo kat badan walaupun pada hakikatnya atie still belum abis blaja lagi...satu feel yang berlainan bile pakai baju tue...walaupun hanya menyarung tetapi hadir satu perasaan yg x boleh nak digambarkan secara zahiriah...
Sesiapa yang pernah menyarung jubah konvo ni,mesti merasakan ape yang atie cakap ni...

Bile la plak giliran atie dan kengkawan nak memakai jubah ni...InsyaAllah,akan tiba dan ketikanya...pasti!!! Lebih gembira lagi kalau mak dan ayah dapat bersama2 meraikan hari yang berbahagia ini....

Buat teman2 seperjuangan(masy,ekin,aina,anje,umai,umie,yun,kak zue,kak ain,dian,syuk,nanie,pearl,wahida dan yang lain2.....)
Moga satu hari nanti,kita sama2 pulang dengan kejayaan...biarpun banyak dugaan datang,biarpun sakit menyerang,kita kena tempuhi!!!

Kejayaan tidak datang bergolek tetapi kitalah yang kena bergolek untuk mendapatkannya...Renung-renungkan dan selamat beramal....=)


Tuesday, October 7, 2008

Kesalahan Wanita

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah
memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi
ber`T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi
baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi
bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan bentuk kawasan-kawasan
mudah `menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi
amat longgar dan menayangkan jambul
dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi
hanya memakainya di pejabat sahaja.
Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan
sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi
tudungnya dilempar ke belakang leher,
maka terdedahlah dadanya dari ditutupi
kain tudung.

Adakah ini yang sering kita lakukan,sekiranya ia....lakukanla perubahan dengan segera....INSYALLAH...ALLAH menerima taubatmu wahai muslimah sekalian....

ALLAH berfirman
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”

(Surah al-A‘raaf : ayat 26)


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah an-Nur: ayat 31)

Sunday, October 5, 2008

Halaqah Cinta

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar2 dating dalam halaqah,

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,dibawah cahaya rembulan,berdua-duaan,jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang tanpa takut bimbang...

Jika sepasang kekasih kasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah KALAMULLAH...

Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas ransangan nafsu,
Kita berkasih atas atas landasan UKHUWAHFILLAH,bebas dari ransangan nafsu semata...

Jika sepasang kasih akan menunaikan apa sahaja kenahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kenahuan Pencipta kita..

Jika sepasang kekasih sentiasa menjaga hati,
Kita pula saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,saling nasihat agar makin berkualiti...

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya...

Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-NYA ,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara amanah dari keluarga.....

Saturday, October 4, 2008

OpEnHoUsE ImTiAz BaLQiS


Salam semua...raya ke 2 ari2,umah atie ade buat openhouse kecil-kecilan...memandgkan raya kali ni merupakan raya terakhir kami berada di umah sewa imtiaz balqis,jadi kami bercadang utk meraikannya.... ini semua rezeki dr ALLAH...ha,nak tau x kitaorg makan ape?heheheh...tgok je la gmbr2 ni yea...jgn jeles plak..kalo nak resepi,bolehla minta kat kami ahli bait..huhuhuhu..

resepi turun temurun...Nasi Hujan Panas...buatan sendiri tau...hehehe



erm...x ketinggalam juga...ayam merah...lazatnyer...

Kurma Daging....ermm..sapela yg mask ni ea..ish2...




Gambar bersama ust saad dan zaujahnya,ustazah ratna..xlpe jge pelajar baru medic yg baru sampai ke mesir.10q 4 coming



ust saad sedang bercerita sejarah kristianisasi...sbg input tambahan dihari raye..




Antara hewi bkpjm yang hadir,time kasih sudi singgah ke villa kami ni..hehehh..



sebahagian budak selangor yang hadir....walaupon kehilangan kasut,masih boeh tersenyum lagi...


wah2...da kenyang makan...sempat lagi pmangku raisah kita ni berposing ye...


Akhir skali,kami di Imtiaz Balqis ingin mngucapkan jutaam terima kasih kepada yang sudi hadir ke openhouse kami...acctually,ade lagi gambar2 mnarik yang ingin kami paparkan ttp krana masalah teknikal,hanya ini sahaja yang dapat...
"SESUNGGUHNYA ORANG MUKMIN ITU BERSAUDARA"...MOGA DENGAN KUNJUNG MENGUNJUNG INI DAPAT MENGERATKAN LAGI UKHWAH DIANTARA KITA....
SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR DAN BATIN......















ALFATIHAH BUAT AYAH...

ALFATIHAH....buat arwah ayah...semoga ALLAH mnempatkan ayah bersama golongan para mukminin yang soleh...i.LLAH...
walaupun dah hampir setahun ayah meniggalkan kami,tapi terasa baru semalam kami bermanja dgan ayah....
AYAH.....bila tiba je hari raye...mesti along rase sedih,along jeles tgok kawan yang lain...kalo org lain,berebut2 nak telefon ayah dierorg.TP along hanya boleh melihat dari jauh....
tapi along tau...ALLAH lebih sygkan ayah....
Bile nak dekat raye je..biasenya ayah yg akn pergi beli semua barang2 tok masak...along,angah fifi n emak hanya mnanti je..TP kini tiada lagi....
dah 2 kali along beraya tanpa ayah....along terkilan sangat sebab xdapat nak bagi jubah yang ayah pesan...along x sempat......
along fkir,ble along balik,along nak bercerita mcm2 ngan ayah,nak jaga ayah...tp tiada kesempatan.....
dah2...buat ape nak fikir cite lame kan...yang penting...walaupun ayah tiada lagi..tapi bagi kami..kenangan ayah tetap bersama kami....ayahla ayah yg paling baik didunia ini..nobody can replace dad!!!...
AYAH....SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN...MOGA AYAH BERBAHAGIA DIALAM SANA....AMIN...........


RAHSIA DIHATI X SAPE YANG TAHU.....