Tuesday, January 6, 2009

Hari Asyura..

10 Muharram di gelar sbg Hari Asyura di kalangan umat Islam..

pd thun ini 10 Muharram jatuh pd 7 Jan 09

ia adlh satu hari amat istimewa

kerana


1. Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan Nun

2. Allah terima taubat Nabi Adam a.s yang memakan buah khuldi

3. Nabi Idris diangkat ke syurga dengan rahmat Allah

4. Nabi Nuh selamat dari banjir besar

5. Nabi Ibrahim diselamat oleh Allah dari dibakar

6. Nabi Yaakob dapat melihat

7. Nabi Ayub sembuh dari penyakit kulit

8. Laut Merah terbelah dua,Nabi Musa terselamat,Firaun dan pengikutnya tenggelam dalam laut

9. Nabi Yusuf bebas dari penjara


pada Hari Asyura kite di sunatkn


1. Puasa

2. Sedekah kepada fakir miskin

3. Menyapu kepala anak yatim

4. Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga…


juga disunatkn puasa pada 9 Muharram iaitu pd 6 Jan 09

sebagaimana hadis Nabi :

Sabda Nabi SAW, Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan sepuluh Muharam.(Riwayat Ibnu Majah)

p/s
Dalam melalui salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT ini maka, seharusnya kepada umat Islam agar mengambil peluang yang datang ini dengan sebaik mungkin. Belum pasti sama ada kita mampu hidup untuk sampai kepada Muharram yang seterusnya pada tahun hadapan. Jadi, berbekalkan peluang inilah semestinya bulan Muharram kali ini dimanfaatkan dengan meningkatkan ubudiyah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan. Disamping mendapat kelebihan yang tersirat disebalik bulan ini dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNYA.

Sunday, January 4, 2009

Ketensionan Melanda!!!


Terasa bagaikan satu mimpi..hari yang aku nanti-nantikan selama ini telah tiba...Esok bermulalah imtihan bagi aku,tahaluf nahu...

Kepala terasa penuh..
Otak bagaikan da nak terkeluar memuntahkan isinya....
mulut seakan terkunci....
hati xhenti-henti berdebar...
DAH KENAPA DENGAN AKU NIE????

Perkara biasa yang berlaku pada aku bila nak xzam..
Buku da abis bce ke??
Nota da abis buat ke??
Dah hafal semuanya ke??
Arrgghh...ketensionan melanda aku saat ini....

Ya Allah...
Bantulah aku...
Tenangkanlah hatiku dalam menempuhi xzam esok hari..
Berikanlah kejayaan pada diriku..Amin....

(Sesungguhnya..apabila kamu telah berusaha..maka,bertawakallah kepada ALLAH..)


Keluargaku...
Doakan along ea..esok along xzam...
along minta maaf.....
halalkan duit,ilmu serta segala yang telah diberikan...dunia akhirat...

Kawan2..
doakan atie esok yea...
minta maaf salah silap...

Bukan mudah menggapai bintang dilangit..bersilih dugaan mendatang..hanya iman dan tawakal menjadi bekal...hanya usaha menjadi ukuran...

Don't surrender before u accomplish it!!

Dari Ibnu Qayyim...

Ketika orang lain bergantung pada dunia,
gantunglah dirimu hanya pada Allah....

Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia,
Jadikanlah dirimu gembira dengan Allah....

Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka,
Jadikanlah dirimu merasa bahagia dengan Allah....

Ketika Orang2 pergi menghadap raja dan pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka,
Jadikanlah dirimu betul2 mencintai Allah.....

p/s... Terasa diri ini lalai dari mengingatimu Ya Tuhan...
Setiap saat yang berlalu,aku lalai dari berdoa kepadaMu...
Setiap detik yang berputar,aku alpa dari sujud padaMu...
Ampun aku Ya Tuhan....
Walaupun aku lalai,tapi kau tak pernah mengabaikan hambamu yang hina ini...



Warkah Buat Sahabatku...




Apabila engkau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin dengan satu kelemahan,kamu akan menjauhinya.....

Andai engkau ingin berteman,janganlah kerana kebaikkanya,kerana mungkin dengan satu keburukan,engkau akan membencinya.....


Andai engkau inginkan sahabat yang satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu,engkau mungkin akan memfitnahnya......

Andai engkau inginkan seseorang teman,janganlah kerana sifat cerianya,kerana andai dia tidak pandai menceriakan,engkau mungkin akan menyalahkannya...

Andai engkau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yang manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna kerana kita juga tidak sempurna......

Allah berfirman...
Berpegang teguhlah kamu pada tali ALLAH,dan janganlah kamu berpecah belah...

Thursday, January 1, 2009

RintTihan PalesTin.....





Sayu hati ini bila melihat saudara2 ku disana bermandikan darah....
Mengalir airmata ini tatkala melihat mayat2 saudaraku bergelimpangan....
Kaku kaki ini bila bayi-bayi serta kaum wanita diseksa dengan kejam...

Itulah ungkapan yang dapat aku ungkapkan tatkala aku membaca berita tentang saudara2 ku di bumi palestin....
Ketika di malaysia sibuk mengadakan countdown at KLCC,saudara2 kita disana sibuk lintang pukang menyelamatkan diri mereka...
Dimanakah mereka bersembunyi saat ini sekiranya semua tempat tinggal mereka dimusnahkan....
Apakah saat ini mereka sedang meratapi kesedihan kehilangan insan tersayang yang tidak berdosa....
Bagaimanakah hidup mereka setelah semua bantuan makanan,pakaian.ubat-ubatan disekat dari dihantar ke sana...
Persoalan itu bermain di benakku...Tidak dapat aku bayangkan keadaan mereka....

Anak kecil meratapi pemergian ibu dan ayah....
Anak kecil yang tidak tahu apa2 itu terpaksa berjuang seorang diri....
walaupun hanya dengan memalingkan batu,walau hanya dengan mengangkat bendera...apalah yang mereka mampu lakukan dengan kudrat sedemikian...



Cukuplah dengan kehilangan orang tersayang sudah cukup utk membuatkan kita bersedih berhari2...
tetapi mereka disana,byangkan berapa harikah mereka perlukan utk mengubati kesedihan mereka...sana sini mereka melihat mayat,sana sini mereka mendengar bunyi letupan,bunyi senjata,dan disana disni juga mereka berjumpa dengan tentera isarel yang merosakkan negara mereka....


Ust atie pernah berkata,keamanan dunia akan berlaku sekiranya amannya palestin...
Kehancuran dunia akan berlaku sekiranya hancurnya palestin....
Apakah yang diperkatakan itu bemaksud hari kiamat akan tiba????

Tak guna duit berjuta-juta yang disumbangkan tetapi masih tidak faham apakah erti perjuangan...
Bukanlah duit yang mereka harapkan...
Cukupkah dengan kita memboikot barangan2 yang dikeluarkan oleh yahudi n israel.??..
Cukupkah dngan sekudus dan seluhur doa serta solat hajat yang kita berikan??....
Apakah yang mereka harapkan????
Mereka mahukan negara yang aman, mereka mahukan ayah,ibu serta anak mereka.....APAKAH KITA BOLEH BERIKAN APA YANG MEREKA MAHUKAN....


Dengan namaMU YA ALLAH...YA RAHMAN..YADZALJALALIWALIKRAM...
Ku pohon padaMU....
Amankanlah saudara2 ku disana....
Sunyikanlah mereka dari mendengar bunyi letupan bom,bunyi senjata perang...
Hapuskanlah tentera2 Israel LAKNATULLAHI ALAIHIM...
Kembalikanlah Palestin yang dahulu kepada mereka.....
Aminn Ya Rabbalalamin.........







Saturday, December 27, 2008

MeNeRJaH AwAn...

Tiada jalan yang mudah
Tuju cita-cita
Selama kaki melangkah
Dugaan menderap
Untuk miliki sesuatu yang berharga
Harus berani yakin dan tabah
Menghadapi segala



Andainya beburung terbang kerana sayapnya
Aku terbang menerjah awan
Demi hasrat membara
Gunung dan ganangLlautan yang terbentang
Hanya sesayup mata memandang
Bukanlah halangan



Hanya yang kuinginkan
Rampaian doa
Agar tiap langkah
Diiringi restu semua


P/S..Lagu ini buat teman2 seperjuangan yang bakal menempuhi
peperiksaan yang akan dtg...
semoga ianya akan mnmbhkan smangat kita...
sama-samalah kita berusaha utk mencapai kejayaan...
(wainn azzamta..fatawakkal ala allah).....
Mg kejayaan yang kita porelehi nanti tidak akn mnjadi fitnah untuk
ISLAM....

Friday, December 26, 2008

JaULaH MaQaM...

Arini g jaulah maqam disekitar kaherah,perjalanan bermula sekitar jam 8pagi...
ramai jga yang ikut jaulah...26 org akhawat..3 0rg musyrif n sepasang madam...

Maqam yg pertama kami pergi adalah maqam Soleh ALja'fari...
semasa dlm perjalanan..teringat plak pada persoalan seorg sahabat di msia...
"atie...bgus sgt ke pegi maqam2 tue,buat ape kita nak sembah pada roh yang dah xade?? itu kan syirik"
ak xpernah menyalahkan mereka berkata begitu..mungkin mereka masih belum memahami...

Bagi aku,sebenarnya jaulah maqam ni bukan satu benda yg sia-sia...kita bukan nak sembah pada roh mereka yg dah xde,tapi kita nak moga dikurniakan ilmu yang barakah,ketinggian akhlak n budi,keimanan yang tetap...

Itu tidak bermakna,kita menyembah dier...dier adalah perantaraan kita dengan Allah....
Moga2 dengan keberkatan ilmu mereka,kita juga dikurniakan ilmu yang bermanfaat seperti mereka...

Kami juga sempat singgah di maqam sultan hanafi...oleh kerana kami tidak diberitahu awal,jadi xsempatla kami untuk ambil air yang mcam air zam2 tue bnyak2..dapat skit jerk...alhamdulillah...sikt sama dirasa,banyak sama dikongsi...

Bila kaki aku jejak je dimaqam imam syafiee...hati ini mula sayu..teringat pengorbananya dalam menuntut ilmu...xpernah jemu,xpernah letih..malahan semakin ia mempelajari ilmu...makin ia tawaduk...teringin nak jadi macam nya....I.allah satu hari...

Kata2 imam syafie yg ak pegang.."Siapa yg kehendakkan dunia,hndakla ia mndptkannya dgn ilmu..Dan siapa yang kehendakkan akhirat,hndaklah ia mndpatkannya juga dengan ilmu"

Setelah penat,kami berehat makan dan solat jumaat..(ni yg best..hehehe)

Perjalanan diteruskan lagi..kami berkesempatan utk pergi ke masjid 4 mazhab...cantik sgt tmpatnya...biasanya...selepas solat jumaat,kat masjid ni ade buat talaqqi nahu kitab iqnak..ramai jga pelajar2 mesia yg pergi bertalaqqi kat sne....

Sebenarnya...terlalu bnyak maqam para wali di mesir ini,cuma xtau dan tak berkesempatan jerk...I.allah sekiranya diberi peluang lagi...aku akan pegi maqam yang lain2 pulak...

Akhirnya...kami selesai berjaulah tepat jam 2.15ptg...segala kenangan dirakmkan dlm bntuk rakaman,gambar,enset dan mcam 2 lagi....







p/s semoga jaulah kali ini akn dapat memberikan sedikit sebanyak
semangat bagi diri ini utk menempuhi imtihan yang akan datang...