Saturday, June 27, 2009

Sekadar Berkongsi

Lakukan 10 tips meraih kebahagiaan


1- Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur.
والمستغفرين بالأسحار
…dan orang yang memohon ampun diwaktu sahur. (surah Ali Imran : 17)

2- Menyendiri untuk bertafakkur
ويتفكرون فى خلق السموات والأرض
…dan mereka bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (surah Ali Imran :191)

3-Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh
واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya…(Al-Kahfi :28)

4-Perbanyakkan zikir
اذكروا الله ذكرا كثيرا
…berzikirlah kalian dengan meyebut nama Allah sebanyak-banyakknya.)surah Al- Ahzab : 41)

5-Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk
الذبن هم فى صالاتهم خشعون
Iaitu orang-orang yang melaksanakan solat dengan khusyuk.(surah Al-Mukminun : 2)

6-Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya
افلا يتدبرون القرءان
Apakah mereka tidak mahu mentadabbur(menghayati isi )Al-Quran. (surah An-Nisa’ :2)

7-Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang panas
يدع طعامه وشرابه وشهوته من اجلي
Ia meninggalkan makanan,minuman dan syahwat kerana Aku.(Hadith)

8-Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi
حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه
Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.(Hadith)

9-Meringankan beban seorang muslim yang tengah dalam kesulitan
من فرج عن مسلم كربة من كربة الدنيا فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة
Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim didunia maka Allah akan membebaskan kesulitannya kelak di hari Kiamat (Hadith)

10-Usahakan menjalani hidup didunia dengan zuhud
والأخرة خير وابقى
Sedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik dan lenih kekal (surah Al-A’la : 17)

Monday, June 22, 2009

ALHAMDULILLAH...





Alhamdulillah...hanya satu lafaz sahaja yg terkeluar dari mulutku tatkala aku melangkah keluar dari dewan peperiksaan.....Lega akhirnya peperiksaan kami habis juga setelah ditangguh seminggu kerana kedatangan preseiden amerika ke mesir...dan sepanjang tempoh itulah aku terpaksa menahan pelbagai anasir-anasir luar yang mahu menghasutku supaya menjauhkan diri ku dari kitab..mentang2 la r00omate aku da abis xzam...yang habis dlu shida,pastu kak ain pastu shark...eeeiii..wat orang jeles jerk..hehehehe..tapi xpe..dieorg always bg smngat kat aku

Madah yang terakhir hari tu ialah hadis ahkam..soalannya boleh tahan juga..ade gak la yang kantoi...2 semua salah aku sendiri..sape suruh tak bace...yang paling aku tak tahan...mmg aku x pernah jumpe yang penjaga periksa boleh minum teh semasa menjaga n siap boleh buat bising lagi..bernyanyi...hehehe...semuanya aku jumpe di Azhar...tapi tu la kenangan..hehehe...xkenal maka x cinta..ye x?


Kjayaan xakan tercapai dengan hanya merenungnya..
Kejayaan xakan terhasil kalau tiada usaha dengannya...
Kejayaan juga tidak akan sempurna sekiranya kita tidak mendoakan untuk kawan-kawan kita yang lain.....

Ingatlah...kalau kita mendoakan kawan-kawan kita tanpa pengetahuannya,,maka malaikat akan mendoakan untuk kita juga.....itulah pesanan kawan aku..aku pegang smapai sekarang...

Moga Allah pandang usaha kami semua...segala penat lelah,masa yang telah dikorbankan...kau berikanlah kami kejayaan Ya Rabbul Izzati...Kaulah yang berhak menilai segalanya....

Rasulullah S.A.W bersabda...Barangsiapa yang Allah kehendakkan kebaikan padanya...Maka Allah akan mengujinya....

Maka....Bersabarlah dalam setiap keputusan yang diberikan oleh Allah...Disebalik kepayahan terselit kemanisan...disebalik sesuatu perkara ade hikmah yang kita xtahu...



p/s: time tulis entry ni teringat plak kat mmber yang nak msuk kolej kat kedah..moga dia dpt stdy leklok kat sane...dia boleh!!

Monday, March 23, 2009


Berjlnlh dgn pnuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia,


Sedekahknlh satu snyumn walau d hatimu x lg mmpu b'tahan....


Blajalh m'maafkn walau dirimu t'luka,


B'hntilh mmbri alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran...


Hiduplh dlm iman walau hari d pnuhi godaan


B'pganglah kpd Allah walau DIA x klihatan.Bukti kasihNYA..


.Kita wujud d dunia pnjaman ini... Ada sbab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA .


Jangan terlalu b'khayal utk jd yg t'baik kerana hidup x smudah itu,



Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai s'buah p'abdian yg hakiki lg abadi..moga lelahmu d hargai ilahi walau d cemuh insani..


Friday, February 20, 2009

Meniti 25 febuari 2009


Dalam diam tak diam,penghujung bulan febuari akan tiba..rasa berat kaki ini untuk melangkah pergi tapi apakan daya...Tanggal 25 febuari ini,aku dan ahli bait yg lain akan berpindah untuk memasuki rumah johor baru di rabaah,kami sepakat mengambil tarikh ini untuk mengangkat barang sekaligus berpindah ke sana...


Baba mesti sedihkan sebab gadis yg selalu bayar sewa awal bulan ni akan pindah,heheh...syukran awi2 pada baba coz sudi terima kitaorg sebagai penyewa,layan kerenah kitaorg yg macam2 ni..itu tak kena,ini tak kena,soh betulkan sahonah la,suh betulkan katil la,soh betulkan lampu la..hu3..pasni org lain plak yg susahkan baba..hehehe..n yg paling akn aku rindui adalah cucu baba yg kiut miut tue n air lemon yg slalu mama buatkan bila aku dtg rumahnya tok byar sewa.....lazizah jiddan...


Time kitaorg nak pindahla,time tu plak la ade je kedai2 baru yg muncul spt cendawan tumbuh lepas hujan,ada kedai baju,kedai dobi,kedai daging yg murah...aku yakin,amu jual sayur,amu jual tawagin,mane aci..huhuhu..amu blakang umah tue mesti rindu kat aku nanti...mesti dierorg tnye.napelah aku xdtg2 beli barang dierorang..hehehe..mana taknya...aku xdtg 3hari je..dierorg da tanye..huhuh..ceh.perasan sndri lak aku nie..


Buat jiran depan plak...kak nisah,moga berbahagia ke akhir hayat yea..mekasih kerana sudi masakkan tok kitaorg time kitaorg pekse,mkasih la sudi layan kerenah kitaorg yg giler2 nie..n yg paling xdapat lupa,bile atie pkaikan inai tok akk,masy n ekin plak jahitkan tudung n labuci tok wedding akk...best sgt time tue...akk smpai tersengguk nak tunggu inai kering..hehehe..wateverpon,ble kitaorg dah xde nnt,rajin2 la jenguk di rabaah..bukan jauh pon tapi jauhla jgak...

Untuk ust2 bawah n jiran yg paling bnyak kitaorg buli...mekasih jadi musyrif kitaorg kalo sampai gaduh2 lagi,mekasih gak sudi layan kerenah kitaorg,soh beli itulah, inilah,sog pg kedai depan la,kedai blakang la,soh tlg donlotkan cerita laa..hhhuh3.. n xde benda yg paling best bg kitaorg selain dapat menge'pow' duit ust-ust..huhuhuh..10q 4 everything ya..eh..jangan buat 2 lpe plak..nanti tolong kiatorg angkat barang ea..jgn buat dunno jek...


Terlalu bnyak kenangan dirumah ini,susah dan payah,suka dan duka aku abadikan bersama..Macam2 tohmahan org lemparkan kat kite kan..org cakap itu,orang cakap ini,tapi apa nak kisah...dierorg bknnya tau apa yg terjadi kan...disinilah aku mengejar erti kehidupan yg sebenar,melalui susah payah.melalui saat aku jatuh dan bangun bersama teman serumah yg memahami diri ini....kenangan ini terlalu manis buat aku.


Ekin n Masy..korang memang r00mate yg sporting sgt2,yg sekepala..walaupun pada mulanya tak la sekepala mana kan...hu2..korang slalu menasihati aku kalau aku terleka,kejutkan aku bgun,jaga aku time aku demam..mekasih ye..antara kenangan yg aku x boleh lupa ialah bile kita kongsi duit tok mengecat rumah,susah payah kita nak bawak 3 tong cat yg berat tue kan..hasilnya,rumah imtiaz kita skng dah cantik,xmacam dulu..hehehe..tapi sory la..bilik korg xcantik macam bilik aku...huahua..sapelah yg cat tue kan??..n satu perkara yg aku xboleh lupa,bila time imtihan...macam2 hal..
asal time xzam jerk,masing2 buat muka..ni lah yg paling aku xtahan...bila aku tnye skit,korag just angguk n geleng jerk..bukannya nak cakap..al maklumla takut2 apa yg dihafalkan terkeluar..huhuh..last2.aku yg tension..tapi xpe...aku paham..lain org lain style..ye x??


Wateverpon,bila kat rumah baru nnt,jenguk2 la aku kat ars bawah ea..jgn menyombong plak,jgn lpe tegur aku kalu aku lalai k..kalau aku xde semangat,aku harap korang boleh bagi aku smngat mcm yg slalu korang bagi...aiseyyman...sedih plak aku..hu3...poyo jerk..


IMTIAZ BALQIS THE BEST....Satu nama yg x mungkin aku padamkan dari ingatan ku...

Wednesday, February 4, 2009

Muhasabah Harian

Adakah aku melakukannya???Tepuk dada tanya iman....

*Mengikhlaskan niat hanya kepada ALLAH didalam setiap tindakan yang telah dan akan dilaksanakan

*Memastikan tiap tindakan mengikut syariat islam

*Berfikir tentang kejadian alam dan bersyukur atas diatas segala yg telah diberikan olehNYA

*Menghadiri majlis-majlis ilmu

*Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar dalam diri dan masyarakat

*Memelihara diri agar jauh untuk melakukan maksiat

*Mengingati mati walaupun seminit...adakah aku akan hidup hingga esok hari??

*Berazam untuk improve diri untuk hari esok..Apakah Allah redha dengan apa yang aku lakukan??

*Berapa banyakkah mulutku telah menyakiti org,mengumpat dan berkata sia-sia??

*Berapa kalikah aku berzikir mengingatiMU???

*Adakah hatiku bersifat riak,sombong,takabbur padaMU???

*Apakah aku sudah banyak amalan-amalan yang dilakukan olehku???

*Berapa kalikah aku membaca Al-Quran dalam sehari???


Persoalan ini sering bermain dimindaku..Aku teringin menjadi hamba yang sempurna dalam melakukan semua hal,tapi aku tidak berdaya...
hidup ini tidak terlepas dengan dugaan dan cabaran yang hebat..

Aku ingin sekali menjadi sufi seperti rabiatul adawiyah yang rela menghambakan dirinya padamu...
Aku juga ingin seperti sumaiyyah yang rela bermatian demi menegakkan agamaMU yang mulia
Aku ingin semuanya...tapi tidak cukup dengan hanya omongan kosong..
Ikhlaskanlah dirimu dalam melakukan apa jua pekerjaan..nescaya kau akan temui apa itu ketenangan...

Ya Allah...
sekiranya aku tidak melakukan ini semua...
mahukah kau menerima aku yang hina ini sebagai hambaMU..
aku hamba yang lemah..
aku tidak mampu untuk mengigatimu walaupun sesaat..
aku tidak pernah meluangkan masa yang lama denganmu....masaku dihabiskan dengan melagho..


Ya Allah...
bantulah aku..
pimpinilah aku...
dorongilah aku.....
bawalah aku.....
semuanya kejalanMU.......


Ya Allah.....
brikanlah aku taufiq dan hidayahmu meskipun aku bukanlah insan yang terlayak untuk menerimanya....
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus dalam melalui arus kemodenan ini...


Ya Allah
tetapkanlah imanku dalam agamaMU....

*Nukilan hati kecil ku...
hidup ni xde yang sempurna tapi kita haruslah berusaha untuk menyempurnakannya...
#Rahsia Dihati Tak Sape Yang Tahu#

Wednesday, January 28, 2009

Permata Yang tiada gantinya....


Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah (Bahasa Arab: محمد بن عبده بن حسن خير الله).
Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki.
Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a..
Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh (Bahasa Arab: عبده ورسوله).
Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.



Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi. Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa (Bahasa Arab: العروة الوثقى) bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.

Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah:

* guru di Masjid al-Husaini di Mesir;

* pensyarah di Darul 'Ulum, Mesir;

* guru di Sekolah as-Sultaniah, Beirut;

* Ketua Editor Akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyah (Bahasa Arab: الوقائع المصرية) di Mesir;

* Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di Mesir;

* anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar di Mesir;

* mufti kerajaan Mesir (1899 - 1905).



Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.


Pendidikan

Syeikh Muhammad Abduh telah belajar menulis dan membaca daripada bapanya semasa kecil. Seepas itu, beliau telah mempelajari dan menghafaz al-Quran semasa berusia 10 tahun. Setelah selesai menghafaz al-Quran, beliau menyempurnakan tajwidnya dan mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi. Beliau juga mempelajari tasawuf dan tatabahasa Arab daripada Syeikh Darwish Khudr dan Syeikh Darwish.


Semasa menuntut di Universiti al-Azhar, beliau telah mempelajari banyak ilmu, termasuklah matematik dan falsafah daripada Syeikh Hasan at-Tawil.

Pada tahun 1877, beliau memperolehi ijazah daripada Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1896, Syeikh Muhammad Abduh berkesempatan bertemu dengan Sayid Jamaluddin al-Afghani yang mengunjungi Mesir dan sempat mendalami bidang akademik dan pemikiran Islam.

Keperibadian

Syeikh Muhammad Abduh memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar. Beliau juga berani kebencian bangsa Mesir terhadap tentera Inggeris kepada tokoh-tokoh Inggeris semasa mengunjungi London pada tahun 1881. Beliau juga mendesak agar segera keluar dari bumi Mesir kerana Islam ditegah memberi ketaatan kepada yang lain daripada Islam.


Walaupun Syeikh Muhammad Abduh seorang yang tegas, namun di sebalik ketegasannya itu, ada sifat penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan al-Jami'iah al-Khairiah al-Islamiah (Bahasa Arab: الجمعية الخيرية الإسلامية) untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi masalah kewangan.

Selain itu, beliau merupakan seorang ulama yang berketerampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk menjawat beberapa jawatn penting negara seperti Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, Ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Di samping itu, Syeikh Muhammad Abduh meruapakan seorang yang berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas, sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat Islam ketika itu.

Aliran pemikiran serta perjuangan


Syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani. Kesannya, beliau lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya.

Beliau banyak memberi saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam. Saranan-saranan beliau meliputi aspek-aspek berikut:

* Akidah: Syeikh Muhammad Abduh menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar dalam bentuk yang asal dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak semasa. Syaratnya, ia tidak boleh bercanggah dengan kehendak al-Quran dan Sunnah. Beliau menolak sekeras-kerasnya konsep Taqlid al-A'ma (Bahasa Arab: تقليد الأعمى) atau taklid buta. Beliau mengajak umat Islam mempelajari ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah untuk membina umat yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan seterusnya mampu keluar daripada belenggu penjajahan.

* Integrasi ilmu: Syeikh Muhammad Abduh mendapati sisitem pendidikan pada masa itu hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama dalam bentuk huraian kitab-kitab klasik tanpa cuba disesuaikan dengan kehendak semasa. Berdasarkan pengalamannya belajar di Tanta dan Universiti al-Azhar, beliau mendapati keadaan pembelajaran di Tanta terlalu mundur, sehingga disifatkan anak muda yang suka belajar di situ sentiasa dibendung rasa putus asa. Keadaan di Universiti al-Azhar juga sama. Beliau mengkritik dengan katanya:


"Aku sangka pengajian seperti ini hanya berlaku di Tanta sahaja, tetapi juga berlaku di al-Azhar. Aku dapati 95 peratus daripada pelajarnya tidak dapat bertahan lebih lama dengan corak pengajaran seperti ini. Para guru mengajar apa yang dia faham ilmu itu tanpa mengira kemampuan pemahaman seseorang pelajar. Mereka menyangka pelajar telah faham, sedangkan sebenarnya mereka tidak faham.

"
Beliau menyarankan supaya bidang-bidang ilmu Fardu Kifayah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti. Saranan itu diterima oleh Kerajaan Mesir. Sukatan pengajian di Universiti al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan sebagai model kepada pusat-pusat pengajian tinggi lain di seluruh dunia Islam.

* Kecekapan pentadbiran: Ketika Syeikh Muhammad Abduh bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan Mesir, beliau mendapati kepincangan dalam sistem pentadbiran kehakiman. Beliau berpendapat ia tidak sistematik dan perlu dengan pengislahan. Pengislahan yang dilakukan dimuatkan di dalam karyanya yang berjudul at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah (Bahasa Arab: التحرير في إصلاح المحاكم الشرعية).



Faktor melakukan pengislahan dalam sistem pendidikan

* Beliau mendapat inspirasi Gerakan Islah Sayid Jamaluddin al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu.

* Kesedaran Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.


* Sistem pendidikan masa itu menjurus ke arah taqlid buta dan pasfi (jumud).


* Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan Mesir kepada golongan miskin.


* Kadar gaji guru yang rendah.


Kaedah Islah


Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea Islahnya ialah:

* melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti al-Azhar;

* melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyyah dan al-Ahram (Bahasa Arab: الأحرام)

* melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid (Bahasa Arab: الرسالة التوحيد), Tafsir Juz' 'Amma (Bahasa Arab: تفسير جزء عم), at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih (Bahasa Arab: الإسلام والرد على منتقديه), dan al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah (Bahasa Arab: الإسلام والنصرانية مع العلم والمدنية).


* melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Sumbangan dalam bidang pendidikan


Idea-idea yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif. Syeikh Muhammad Abduh berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat Islam kepada Islah, khususnya dalam bidang pendidikan. Idea Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan, khususnya di Universiti al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam. Antara idea tersebut ialah:

* mewujudkan mata pelajaran matematik, geometri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat;
* mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil;
* mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar;

* menyediakan peruntukan gaji guru dari perbendaharaan negara dan waqaf negara;

* memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:

* Riasalah at-Tauhid
* Tafsir Juz' 'Amma

* Tafsir Surah al-'Asr

* Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani

* Syarh Nahji al-Balaghah

* Syarh Maqamat al-Badi'

* at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah

* al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih

* al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

Kad dari Ibu

Buat Puteri Kebanggaanku...


Puteriku....


Rasanya baru semalam kau merangkak manja,

Dan bak sekelip mata.kini kau gadis remaja

Rasanya baru semalam kau dalam dukunganku,

Rasanya baru sedetik lalu kau minta ku sisir rambutmu,


KINI

Puteriku menjadi gadis ayu,

Penyeri ayah ibu,

Puteriku....

Hanya doa dan restu dariku buatmu disana,


Ketahuilah....

Kau puteri kebanggaannku...

Kau bunga penyeriku suatu ketika dulu,

hari ini dan selama-lamanya....


Yang selalu merinduimu...
Ibumu...