Sunday, October 5, 2008

Halaqah Cinta

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar2 dating dalam halaqah,

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,dibawah cahaya rembulan,berdua-duaan,jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang tanpa takut bimbang...

Jika sepasang kekasih kasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah KALAMULLAH...

Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas ransangan nafsu,
Kita berkasih atas atas landasan UKHUWAHFILLAH,bebas dari ransangan nafsu semata...

Jika sepasang kasih akan menunaikan apa sahaja kenahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kenahuan Pencipta kita..

Jika sepasang kekasih sentiasa menjaga hati,
Kita pula saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,saling nasihat agar makin berkualiti...

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya...

Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-NYA ,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara amanah dari keluarga.....

0 comments: